Friday, December 21, 2012

Bila Birthday Aku Kalau Ikut Kalendar Mayan?




Tamadun Mayan ni dah lama pupus. Tapi mereka tinggalkan satu ramalan bahawa dunia akan kiamat pada tahun 2012. Boleh percaya ke? Kalau yang Islam percaya juga boleh sesat akidah ni. Malahan penerbit filem Hollywood juga dah keluarkan filem 'BlockBuster" berjudul 2012. 

Tapi yang pelik nya. Kalau mereka hebat dalam meramal masa depan. Kenapa Tamadun mereka pupus? Mereka tak boleh meramal apa yang terjadi sebelum itu untuk mengelakkan mereka pupus? Malahan kalendar mereka cipta juga tak berapa tepat. Tahun lompat tidak dikira dalam kalendar mereka.

Tapi apa apa pun kiamat atau tidak itu semua urusan Tuhan. Persoalan nya, kalau betul kiamat anda semua dah sedia ke?


No comments:

Post a Comment