Saturday, December 22, 2012

Lemon Wallet


Banyak sangat barang sampai tak muat dompet

Lemon Wallet. Pernah dengar? Aku boleh katakan yang kebanyakan rakyat Malaysia kurang kenal dengan applikasi ini. Takpe biar aku cerita.

Lemon Wallet ini sebenarnya satu applikasi untuk iOS dan Android. Applikasi ini adalah applikasi kategori finance. Tapi bagi aku LW ni dah macam apps yang meningkatkan produktiviti aku serta keep me organised. Kebanyakan kita mesti pernah berlaku macam gambar dekat atas kan? Dompet dipenuhi dengan pelbagai resit. Resit beli petrol, resit bank in duit, kad bank, kad debit, kat kredit, kad bisnes, kad member butik, etc. Penuh satu dompet. Kalau letak dekat poket belakan konfem tersembul.

Dengan apps Lemon Wallet ni. Korang tak payah susah susah bawak semua tu. Scan sahaja semua kad anda. YA. Scan sahaja. Kiranya lebih kurang semua menda dalam dompet kau sebelum tu kau masukkan ke dalam terus kedalam phone. Mudah bukan?

Interface yang menarik dan user friendly

Kiranya Lemon Wallet ni macam dompet dalam bentuk digital lah. Nak beli barang online pun senang. Dengan hanya satu sentuhan kau dah boleh buat pembelian online dengan mudah. Simple isn't? Tapi kalau phone hilang? Matilah!!! ....No worries. Kau hanya perlu call hotline mereka. Dan secara automatik data yang kau simpan akan terpadam. Bank level securities!

Selain itu pengguna Lemon Wallet ini juga akan dapat reward. Macam kupon diskaun Starbucks dan etc. Kalau nak guna apps ni juga kau kena letak PIN. Jadi  mustahil lah kalau orang nak ceroboh akaun kau melain kau gatal gatal pergi bagi no PIN. Dan yang paling best. Korang boleh scan receipt pembelian dan apps ni secara automatik akan catat data yang ada. So setiap bulan korang tahulah berapa kau orang dah spend. Hebat kan?

Jadi apa tunggu lagi. Pergi download cepat. Free sahaja. Yang penting apps ni memang memudahkan kerja seharian. Konfem.

 Lawat web diorang untuk lebih info Lemon Wallet

Friday, December 21, 2012

Ipad Mini - Best Ke?





"iPad Mini ni best ke?" "Saiz dia lebih kurang macam mana dengan iPad biasa?" "Kau guna okay tak?"

Soalan ni biasa orang tanya. Kadang kadang soalan yang sama ditanya 2 3 kali. Senang cerita anda semua baca sendiri.

  • Saiz skrin kecil dari iPad biasa. Kalau yang jari jenis besar memang azab lah typo dia.
  • Prosessor sama macam iPad 2. 
  • Senang bawa kemana mana.
  • Nak pegang pun senang sebab kecik.Pegang satu tangan pun boleh.
  • Kamera lagi power dari iPad 2.(5 mp macam iPad gen 3)
  • Siapa yang 24/7 suka bersosial eg. Facebook,Twitter,Insta,etc tu memang sesuai kalau beli.

Strategi mereka mudah. Cipta iPad lebih kurang sama dengan yang lama. Cuma kecilkan sikit. 

"every inch an ipad" - kata CEO Apple. 


ps: kalau yang dah ada Ipad 2 baik tak payah beli melainkan korang ada duit anda memang tak tahu nak campak dekat mana.


Bila Birthday Aku Kalau Ikut Kalendar Mayan?




Tamadun Mayan ni dah lama pupus. Tapi mereka tinggalkan satu ramalan bahawa dunia akan kiamat pada tahun 2012. Boleh percaya ke? Kalau yang Islam percaya juga boleh sesat akidah ni. Malahan penerbit filem Hollywood juga dah keluarkan filem 'BlockBuster" berjudul 2012. 

Tapi yang pelik nya. Kalau mereka hebat dalam meramal masa depan. Kenapa Tamadun mereka pupus? Mereka tak boleh meramal apa yang terjadi sebelum itu untuk mengelakkan mereka pupus? Malahan kalendar mereka cipta juga tak berapa tepat. Tahun lompat tidak dikira dalam kalendar mereka.

Tapi apa apa pun kiamat atau tidak itu semua urusan Tuhan. Persoalan nya, kalau betul kiamat anda semua dah sedia ke?


Percubaan Pertama Untuk Kali Ke Berapa?


Batu Nisan. Bukit. Langit.


Masuk kali ni dah berapa kali aku delete kemudian aktifkan balik blog ini. Aku pun dah lupa tahun bila buat blog ni. Dah lama. Tapi macam tu lah. Sekejap aktif sekejap off. Bukan tak ada idea. Tapi banyak faktor lain yang menghalang. Faktor masa salah satu nya.

Followers bukan ramai pun. Entah ada entah tidak. Kalau yang pernah follow sebelum ni pun mungkin dah lupa.

Caption gambar sudah ceritakan semua. Saya bangkit dan terus mendaki untuk melihat sesuatu yang lain. Dalam perspektif berbeza. Bhahahahahaha. Ayat nak macam A. Samad Said je.